kenapa tidak skema?
kenapa ikut peraturan?
kenapa langgar peraturan?
Eh, salah buat begini.
Eh, betul buat begini.
EHH, banyak sangat eh.
Ehh, biarlah banyak eh pun.
TYPICAL MALAYSIAN.
Situasi 1 : Dalam Kelas dan Bilik Tidur.
Bilik tidur : aku rasa berat badan sahaja nak bangun dari katil hari ini. ditambah pula dengan sakit bahu yang mencengkam kalbu. jadi, aku putuskan untuk sambung tidur sahaja dan kemudian bangun dan menghantar pesanan ringkas kepada salah seorang rakan sekelas aku. pesanan telah berjaya dihantar, aku terus sambung tidur sehinggalah jam 3.15 petang. Kenapa terbangun? sebab dah sampai masanya badan aku kena bangun. Biological Clock. jangan khabarkan pada aku yang korang tidak pernah dengar akan frasa ini? Alahai, apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. itulah korang, cikgu mengajar dalam kelas dahulu, korang main cintan, main wayang dalam kelas. inilah manusia, inilah manusia.
Dalam kelas : (apa yang bermain di fikiranku semata) Oda tidak hadirkan diri ke kelas lagi. apa nak jadilah dengan dia ni? tahulah pandai dapat DL last sem, tapi janganlah suruh kitorang asyik tolong tandatangankan untuk kau. tidak bolehlah begini Oda. kitorang bukan tidak mahu tandatangankan kau, tetapi this is too much! kau kenalah belajar bertanggungjawab juga. jangan mahu hidup mudah sahaja. sebab aku sayangkan kau, aku tidak akan tandatangan untuk kau. lalu, mereka pun membalas pesanan ringkas aku tadi yang aku dapat pada jam 5.30 petang. Line Celcom buat hal hari ini. Cis.
btw, lebih kurang beginilah ayat yang aku dapat dalam pesanan ringkas tersebut. agak makan dalam bukan? tetapi, ada betulnya juga kata-kata si dia ini. namun, mari sini ingin aku khabarkan sesuatu. betul cakap kau dengan tidak menandatangani untuk aku, kau membantu aku supaya lebih bertanggungjawab. tetapi adakah kau sendiri sudah cukup bertanggungjawab untuk memberitahu seseorang itu bahawa dia perlu bertanggungjawab? sila jawab soalan aku. apa yang telah kau lakukan untuk meningkatkan tahap penggunaan bahasa asing kau? banyak sudah buku yang kau baca? banyak sudah wayang yang kau tengok? banyak sudah kau cuba bercakap dalam bahasa tersebut? tidak bukan. setiap kali kelas bahasa asing, pasti aku akan menjadi rujukanmu bukan? aku membantu dengan rasa aku mahu menimbulkan minat kau terhadap bahasa ini. dan penerimaan kau juga amat baik. jadi, aku sebenarnya sangat ikhlas membantu kau. tetapi, hanya perkara sekecil ini yang aku minta tolong, kau sudah rasakan bahawa aku tidak bertanggungjawab. bertanggungjawab itu bukan hanya perlu datang ke kelas untuk belajar.dan aku rasa, kita diberi pilihan untuk belajar di dalam kelas ataupun belajar sendiri. that is included in our effort section.
jadi, pada fikiran aku, aku memang bersalah dalam hal ini kerana tidak menghadirkan diri ke kelas. dan aku tidak salahkan kau atas tindakan kau yang ingin memberi pengajaran kepada aku itu. aku faham dan dapat menerima tindakan kau tersebut. malah, dalam ajaran Islam juga ada dikatakan bahawa kawan yang baik dan sejati, mereka akan mendorong rakan-rakan mereka ke landasan yang lurus. dan tidak menyokong perbuatan sialan mereka. namun, pantulkan kembali ayat tadi kepada diri kau. adakah kau sudah cukup berusaha dan bertanggungjawab dalam memperbaiki dirimu? tidak bukan? aku bukan mahu menghentam kau di sini. percayalah kawan. aku hanya menyampaikan rasa terkilan sedikit ini dan aku coretkannya di dalam blog ini. harap kau pula tidak makan dalam.