Followers

Saturday, March 05, 2011

Selamat Datang

pagi beranjak ke petang.
petang beranjak ke malam.
malam beranjak ke siang.
siang beranjak ke tengah hari.


setelah sebulan lebih aku menyembunyikan blog pertama, inilah keputusan drastik aku untuk membuka satu lagi akaun baru yang langsung tiada kaitan dengan nama betulku. Oda Narwida, hanyalah nama sandaran seorang penulis jalanan (aku le tuu) yang tidak menginginkan sebarang kredit hatta duit. tetapi sekiranya ada yang sudi melemparkan gulungan duit kertas bernot RM50, siapa yang tidak akan mengambil dan menjadikannya sebagai aset personal? itulah resam manusia. Di mana ada gula, di situ adanya semut.


Jangan sesekali korang menganggap kewujudan blog aku adalah untuk mengecap nama semata, kerana itu bukanlah niatku. hanya untuk mengeluarkan pendapat dan dianggap anonymous. bukankah begitu lebih baik daripada dihentam manusia-manusia durjana ini sekiranya tersalah bicara? dasar manusia, cepat sahaja memberikan spekulasi tentang diri manusia yang lainnya sekiranya mereka berlainan sedikit daripada diri mereka yang digelar normal itu. normal kejadah, everyone is rather unique.


btw, jangan kata kat aku yang korang expect first entry aku bernada ceria. tiada bukan? kann??
ehem. berehat sebentar. aku mahu membetulkan nadaku.


mata aku masih lagi kelihatan coretan-coretan hitam, bekas aku bermekap pagi tadi. malas nak mencuci. aku bukanlah gadis yang paranoid akan perkara-perkara sebegini. aku tahu akan kesannya sekira kita lambat mencuci mekap, namun apakan ada. sifat pemalas tidak sengaja tertanam dalam diri aku ini membuatkan seluruh saraf aku berhenti daripada melakukan pekerjaan yang sepatutnya. seperti contoh ; aku sepatutnya menyiapkan assignment article review yang perlu dihantar rabu hadapan. instead of that, aku boleh membuka akaun baru dan membuat blog baru dan sedang menulis review pertama untuk korang baca. how selfish I am. itulah manusia.


cara membaca entri-entri aku senang sahaja. kalian jangan terlalu serius ketika membacanya, kerana kadangkala satu poin pun tiada aku utarakan di dalam blog ini. sometimes, it would be just a bunch of crap. tetapi, itulah kenyataan dunia blogging. no one knows it for sure. but everyone could say anything you want to. either to be hated or to be loved in the future. I really hope you won't be hating me because I know I'm not going to write on weird, hard issues unless I've studied for it. heyy, sometimes we've gotta take the dangerous route rather than the safest one. that would make the upside-down of our lives.


I guess, thats all for today. jangan bertanyakan identiti aku. let it remains as a blog-world secret ;)

No comments: