masin air di lautan, adakah sama dengan rasa pasir? sudah tentu tidak. tidak percaya kenapa aku cakap tidak? korang rasalah sendiri pasir itu macam mana. air laut, mustahil kita rakyat Malaysia yang hidupnya harmoni ini tidak pernah merasa mandi di pantai bukan? Jadi, kalian buatlah pertimbangan sendiri. jika ada yang tidak bersetuju dengan hujah aku ini, please remain calm. aku tidak perlukan perbalahan di blog aku yang seaman PERGOLAKAN dunia politik di Malaysia. tak faham lagi? itulah motif aku.
berbalik kepada persoalan yang sengaja aku timbulkan. almaklum sahaja, blog baru. kenalah berusaha lebih sikit untuk mendapat nama di ruangan awam. oopps.tidak2, aku dah terlari daripada niat asal ni. *tarik nafas
Original Mode
aku tak faham kenapa orang begitu despite warna kuning ini. asal aku sebut warna kegemaran aku saja, mesti ada yang berkata "eww, kuningg?? Loser gila"
EWAHH, kau lah LOSER sebab tak minat kuning ! kan dah kena marah di situ.
btw, aku bukanlah mak nenek.harap maklum.
kembali kepada entri aku tadi, ramai yang bertanya kenapa kuning? I won't say those typical words anymore. used to say it once, in my old blog and still using it in my daily life. why not in this blog? HELLO, mestilah nak kena jaga standard. biar kita jadi bizarre sikit daripada yang lain. barulah rare. someone told me this. jadi, aku minat kuning sebab warna tersebut yang menrik aku untuk meminatinya. jawapan yang asing bukan? tapi, itulah sebenarnya antara sebab aku minat akan warna kuning.
kedua, bila aku ternampak akan warna kuning, hati aku akan berdegup dengan sangat pantas secara tiba-tiba. tidak diketahui sebabnya mengapa. aku sendiri pun masih tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba ianya berubah ke warna kuning. mungkin aku sedang dilamun cinta pada waktu tersebut agaknya. aww.
bagi korang mungkin warna kuning bukan warna cinta korang. but some people might. eh sekejap, apasal dah masuk bab cinta pulak ni? tak boleh, tak boleh. kena keluar dari topik cinta ni. topik cinta akan dikupas oleh aku dalam entri yang lain-lain. bukan di sini.
jadi, sebab sebenar-benarnya aku meminati warna kuning adalah kerana aku sendiri tidak ketahui kenapa aku minat akan warna tersebut. bukankah ada orang pernah berkata bahawa sekiranya kita meminati seseorang atau sesuatu itu tanpa sebab, itu tandanya kita betul-betul boleh menerima kelebihan dan keburukan seseorang atau sesuatu yang kita minati itu.
Jangan kau menagih kefahaman ketika usai membaca entri aku. bacalah dengan kadar berkadaran agar tiada sebarang tanggapan dari akal warasmu.
Sekian.