Kau sedang duduk bersama-sama kawan-kawan kau, bersuka ria dan bergelak ketawa di mana tiba-tiba pakwe-dia-yang-tidak-kami-approve-itu-disebabkan-mulutnya-yang-lancang-mengutuk-dan-menyalahkan-kau-setiap-masa-itu datang dan lepak bersama-sama korang. apakah perasaan anda? lebih membakar perasaan apabila kau sendiri terdengar pacal yang hina itu berkata kau kalah main game dengan kawan kau itu sebab salah kau. What the heck man ?? memangla kau bergurau tapi beragak la juga. kau memang dasar tidak sayang mulut.
Tidak Sayang Mulut
Apa yang ingin aku kupaskan di sini adalah mengenai sekelompok manusia yang tak berapa reti nak jaga mulut. memang dasar kemanusiaan ada berkata bahawa kita bebas menyatakan pendapat dan pandangan. dan juga bebas untuk bersuara. namun, dalam ajaran agama Islam juga ada dituntut untuk berkata hanya perkataan yang elok-elok, yang menyenangkan hati orang lain. kalau tidak menyenangkan pun tidak apa, janji tidak menyusahkan atau dalam kata kasarnya, menyakitkan hati. kau hanya mahu menjaga perasaan awek kau, dan kau lanyak perasaan kawan-kawannya sesuka hati. what the hell ? answer me, WHAT THE HELL.
*aku rasa macam hendak sumbatkan kaki aku dalam mulut kau macam ini.this is for you
kau tidak perlu hendak tunjuk baik sangatlah konon si mulut manis depan awek kau. instead of that, kau bahan kawan-kawan dia yang rupa semuanya macam bidadari kayangan. kalau kau memang dah kawan lama dengan kitorang tidak apalah juga hendak mengadakan sesi bahan-membahan. ini tidak, kau sesedap rasa jiwa dan raga mahu menyepak terajang hati kami. hah jawablah wahai sweet talker sekalian. kenapa kau rasa aku sebagai wanita agak kurang ajar untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian? habis kau, sebagai lelaki sepatutnya lebih memahami wanita dan bercakap dengan bertatatertib dengan mereka. jangan harap aku akan sokong lelaki jika mereka yang bersalah dalam hal ini.
Jadi, untuk membuatkan kau disukai dan disenangi rakan-rakan awek kau, kau perlulah mengambil hati kitorang sekali. ini kerana, dahlah awek kau pun tidak berapa selesa dengan kau, kau pulak macam hendak cari pasal dengan kitorang. just wait and see what will happen next. aku bukan nak cakap apa, dan aku bukan nak menyumpah hidup kau. kau hanya perlu fikir satu benda itu dari pelbagai sudut. bak kata abah aku, the more we concern on what other thinks (positive way), the more you'll understand the world. okay, ini bukanlah ayat abah aku yang asli. ini ayat yang telah diolah semula oleh aku. tapi masih mempunyai nilai dan moral yang sama. as long as all of you get the point, that's good enough for me.
kata akhir pendita : ini hanyalah satu situasi ciptaan semata-mata. harap manusia di luar sana yang berperangai sebegini akan terasa. itulah motif aku.