Cemburu? Ya, aku cemburu. kau hendak tahu bagaimana caranya aku hendak sedapkan hati aku pabila aku ternampak kau berbual dengan wanita cantik yang lain? aku hanya melihat sama ada gambar nama aku yang kau ukir di pasir pantai itu masih wujud, ataupun sudah dipadamkan. namun, tahap kepuasannya tidak berapa memberangsangkan. sebab itulah kadang-kadang, aku tahu aku tersilap langkah dengan menyatakannya secara terus kepada kau. aku tahu, mungkin kau ada terfikir yang aku begitu paranoid. aku tahu kau tidak suka aku masuk ke dalam dunia kau. dunia kau yang keturunannya jauh beza daripada keturunan aku. dunia kau yang tinggi jurang perbezaannya dengan aku.
Apa? kau rasa aku memandang perkara ini terlalu serius? Ya, aku sudah tersilap langkah dengan memandangnya dengan begitu serius. hanya dengan kau, aku runtuhkan segala dinding ego yang konkrit itu kerana aku rasa kau layak untuk dipercayai. kaulah antara manusia yang aku benarkan untuk melihat keadaan diri aku yang sebenar-benarnya. Ya, aku sedar kau mungkin menganggap tiada apa-apa sangat antara kita. kadangkala, aku juga ada berkata sedemikian kepada diri aku. namun, iya lah, mungkin aku tersalah baca dan salah dalam mengintrepretasikan cara kau melayan aku sehingga aku menganggap bahawa kau serius dengan aku. Ya, itu aku akui bahawa ianya kesalahan aku yang nyata. lagipun, bukankah remaja lelaki seusia kau hanya mahukan keseronokkan dalam mengejar perempuan? acapkali ayat tersebut berlegar-legar di minda aku.
Mungkin aku terlalu memikirkannya, ya mungkin. mungkin kau berasa tidak selesa dengan cara pemikiran aku dan cara aku menyampaikan pemikiran aku. tetapi inilah aku. aku tidak berapa suka menyembunyikan apa yang aku rasa. aku akan cuba sampaikan secara terus apa yang aku rasa. cuma, mungkin cara yang aku gunakan kali ini agak tersembunyi. kadangkala, aku rasa perhubungan kita yang dahulu lebih baik. silap besar betul aku rasakan ketika aku bertanyakan kau tentang perasaan kau terhadapku, dan juga tentang status perhubungan kita. aku rasa, ketika itu aku hanya mahukan keadaan aku dan kau berada di dalam suatu fasa yang membuatkan aku rasa selamat. dalam kata lain, security. aku ingin memastikan perasaan aku kepada kau berbalas. aku tidak mahu kelihatan seperti aku terkejar-kejarkan kau. Ya, begitulah tingginya ego aku terhadap lelaki.
Dan kini, adakalanya aku merasakan bahawa aku telah mengongkong hidup kau. Ya, setiap masa aku berperasaan begini. aku sedar bahawa tiada perhubungan yang kekal selamanya. sekiranya mereka masih bersama pun di dalam suatu perhubungan itu, jika salah seorangnya mati, tetap kita katakan bahawa hubungan itu telah terputus secara lahiriahnya. begitulah perspektif aku dalam perhubungan kini. perlu kau ketahui juga bahawa aku bukanlah remaja wanita biasa yang manja dan pandai memikat hati lelaki. kawan lelaki aku hanya aku anggap sebagai kawan yang aku boleh ketawa besar dengan mereka, yang aku boleh bahan mereka sepedas-pedasnya. namun kau, tidak pernah aku anggap kau sedemikian. makam kau tinggi sedikit daripada kawan lelaki aku yang lain. aku hanya bermanja dengan kau bila aku mendapat kepastian(security) yang telah aku baitkan tadi di perenggan atas. kau perasan akan hal tersebut bukan?
Aku tidak mungkin akan tahu apa yang kau fikirkan setelah kau membaca entri ini. mungkin juga kau tidak akan menghabisinya. tapi, ada satu perkara lagi yang ingin aku luahkan di sini. aku selalu, selalu sangat merasakan kau melayan semua wanita seperti kau melayan aku. dalam kata mudahnya, I don't feel special around you. that's it. Apa? kau rasa aku mengada? Ya, aku memang mengada. bukankah sudah aku katakan bahawa aku telah runtuhkan dinding konrit itu semata untuk kau. itu maknanya, kau adalah antara manusia yang sangat penting kepada aku. kau mungkin merasakan bahawa aku seorag pengecut yang tidak berani memberitahu kau perkara sebegini secara berdepan. namun, apakan daya, my hands works better than my mouth. dan aku juga dalam keadaan di mana, aku malas hendak bertekak dengan siapa-siapa. aku letih. aku letih dengan dunia. kerana itulah aku lebih suka untuk tidur. I live in a misery life right now. and I'll make sure I'm going to turn it around, so that I can be the real Aiman back. the Aiman that always smiles to life and expressing good aura.
Apa jua keputusan kau selepas ini, aku terima. I had it once, and I think I can get through it again. c'est la vie.