Followers

Tuesday, March 29, 2011

Tolong ubah cara pemikiran kalian dahulu

(click on the link first if you don't know what am I talking about)

How to say this without people getting mad at me pula ha? One of the latest issue,   (I think) among Malaysians. Dang. Kenapa korang nak kecoh sangat tentang dia yang menghina Nabi Muhammad? Itu pendapat dialah. Kalian tidak mahu menerimanya, tidak perlulah terima. Jangan kata aku tidak sensitif akan hal ini. Nabi Muhammad SAW itu adalah Rasul yang diutuskan kepada zaman manusia arab jahiliah adalah kerana untuk memperbetulkan akidah mereka supaya menyembah Allah SWT. Perkara ini telah Allah SWT nyatakan di dalam Al-Quran. Tidak perlu untuk aku bagi syarahan agama di sini. Aku pun, bukanlah sempurna sangat untuk menasihati orang lain. Yang penting, kesedaran daripada diri sendiri. Itu yang aku pegang sehingga kini.


Jadi, berbalik kepada perihal Jasmine Slalu Hepi ini, aku tidaklah terasa apa-apa melainkan sedih. Itu sahaja. Kerana haruslah kita merasa sedih dan marah terhadap orang yang mengutuk, mencaci orang yang diangkat darjatnya oleh Allah SWT sendiri. Namun, betul. Aku hanya merasakan dia meluahkan pendapatnya sahaja. That is what she truly feels. Aku tidak akan kata yang dia ini tidak kenal lagi Islam itu bagaimana, dia tidak tahu apakah sejarah dan asal-usul Islam, Nabi-nabi kita (for MUSLIM), dia ini tidak melihat Islam menggunakan mata hati and bla bla bla. Dah dia telah mendidik pemikiran dia untuk berfikir begitu, siapa kita untuk menghalangnya?


Namun, aku TIDAKLAH MENYOKONG PERBUATAN SEBEGITU. Malaysians ni, pantang ayat tidak lengkap sahaja, mulalah terus nak membahan dan mengatakan sesorang itu adalah terlalu liberal dan tidak mengikut syariat Islam lah, dan berbagai tohmahan yang seseorang itu akan terima sekiranya cara pemikirannya lain daripada yang lain. Jadi, nasihat aku adalah, instead you go and saying it to everyone that THIS JASMINE is such a rotten person, do think back of yourself first. Kau rasa amalan kau semua dah cukup untuk membuatkan kau masuk ke syurga? Please, jangan guna ayat ‘ memanglah kita ini banyak dosa, tapi kau pun tidak mahu masuk ke neraka bukan?’ atau ‘ memanglah, tetapi Allah itu maha mengetahui’ 


PLEASEE ! I’m sick of these words. You know what, that sentences had been made to cover up the fear that you feel and just only to satisfy your own feelings. SECURITY. Sedangkan hakikatnya, kau tahu kau banyak sangat buat dosa, banyak sangat larangan Allah yang kau langgar, banyak sangat amalan nabi yang kau tidak amalkan, banyak sangat kesalahan tajwid yang kau buat semasa kau membaca Al-Quran. Kau tahu bukan bahawa untuk membaca Al-Quran, kau perlulah membacanya dengan sebutan dan makhraj yang betul? Sekiranya salah, itu sudah dikira berdosa. Melainkan sekiranya kau berniat untuk memperbetulkan bacaan kau tersebut, dan kau memahami apa yang kau baca. Dan lagi satu, kenapa aku tidak suka bila manusia menggunakan ayat ini? Sebabnya mudah, aku rasa yang setiap manusia ada perasaan riak dalam diri mereka. Even I myself, sometimes I do feel like flying when people accomplished me, saying that I was great, I can do anything, I’m brilliant and all those bullshits. You do realize that riak is one of the most forbidden feelings that you should not have? It shows disrespect toward Allah’s power. My truly advice is, go and repent yourself to Allah first. Then, avoid criticizing people on their beliefs. You don’t like it right when people said back things about you and your family or your religion? Same goes with them.


Do you want to really know why they acted that way? It is MAINLY because of US, the MUSLIMS nowadays. Come on, do you still want to argue with me about it? I’ll give my point first.
  1.  Perangai muslim sekarang dah tiada rupa macam muslim.
  2. Kita suka bercakap akan perihal pengaruh Islam pada zaman dahulu. Ianya bagus, namun kalian tidak pelikkah kenapa tamadun tersebut musnah jua walaupun ianya sangat hebat? Dan yang paling penting sekali, apa yang telah kita pelajari daripada persitiwa tersebut? and if there is, what are the actions? NONE I tell you. Sebab kita suka bercerita besar inilah mungkin, sesetengah daripadanya tersalah anggap and take it the other way round.
  3. Dan disebabkan perihal itulah, mereka merasakan kita ini hanya memperbesar-besarkan cerita. Mereka merasakan kita ini hanyalah mereka-reka cerita. Tidakpun, jadilah seperti kes Jasmine ini. Mengatakan Nabi Muhammad itu mereka-reka agama dan kita adalah golongan yang bodoh kerana mempercayainya.


Come on, just because of this all of you want to get mad and curse her? Let her be. That is between her and Allah. And you, instead of calling people that and that, it is better if you take care of your own shit first okay? Berhenti salahkan each other. Salahkan diri kau dahulu. Dan jangan sesekali salahkan orang lain. Mentaliti kita ini memang pelik, SALAHKAN ORANG LAIN DAHULU, BARULAH FIKIR AKAN KESALAHAN SENDIRI. You talk big as if you are the right one. In fact, you are the doomed. serius aku rasa macam berhadapan dengan kanak-kanak yang baru nak teroka buku ABC. ee, what is that? the way you behave made me sick. yang pastinya, bosan. sebab hal macam ini, kau nak kecoh. kau tengok apa yang sudah jadi pada ekonomi negara? politik negara jangan cakaplah. itu dah macam haram jadah apa pun aku tidak tahu. nak kata tidak pandai guna otak, masing-masing punya kelayakan tidak mahu kalah. most of them are overseas graduates. pelik kan?


And to you Jasmine, I don’t want to beg you to take all your shits that you’ve thrown on yourself. And I will not ask you to go on with that attitude or not. That is totally up to you. Even if you are an atheist or the one who practiced secularism or any other religion or believes that you believed, it is stated there to respect others belief. Yes, maybe you feel like we are a bunch of losers, but think back on yourself first okay? See, I told you that I’m not biased.


The truth is, I think there is somebody else hiding behind that Jasmine Slalu Hepi’s Facebook account. Akaun tersebut dibuat adalah untuk mencucuk Muslim yang sememangnya mudah terasa dan tersinggung BERLEBIH-LEBIHAN. Dan kemudiannya mengatakan bahawa seseorang itu tidak akan masuk syurga and bla bla bla. Tidak pula kalian berfikir sekiranya ‘dia’ adalah manusia yang betul-betul wujud dan kemudiannya bertaubat? Kita tidak akan tahu akan perihal tersebut bukan. But seriously, I don’t think that is an account made by the real person named Jasmine. It is just a scam.

Thursday, March 17, 2011

I hope you'll understand how I really feel right now.

sejak semalam, kau menyepikan dirimu. sesepi-sepinya dari aku. aku sedar, bahawa aku hanya dianggap sebagai salah satu persinggahanmu. aku ingin sekali bebas daripada perasaan benci, perasaan yang kau alami pabila kau sudah mengalah dan keadaan itu diambil kesempatan oleh manusia yang mengatakan bahawa dia menyayangimu. namun, tiada daya dan usaha daripada diriku untuk melepaskanmu. tidak aku ketahui mengapa terjadinya begini. Ya, aku akui bahawa aku tidak berapa faham akan perihal dirimu. dan aku tidak faham kenapa aku sentiasa dipersalahkan setiap kali kita berselisih faham. namun, aku tidak salahkan kau. mungkin, sebenarnya, tiada siapa pun yang bersalah dalam hal ini.

Cemburu? Ya, aku cemburu. kau hendak tahu bagaimana caranya aku hendak sedapkan hati aku pabila aku ternampak kau berbual dengan wanita cantik yang lain? aku hanya melihat sama ada gambar nama aku yang kau ukir di pasir pantai itu masih wujud, ataupun sudah dipadamkan. namun, tahap kepuasannya tidak berapa memberangsangkan. sebab itulah kadang-kadang, aku tahu aku tersilap langkah dengan menyatakannya secara terus kepada kau. aku tahu, mungkin kau ada terfikir yang aku begitu paranoid. aku tahu kau tidak suka aku masuk ke dalam dunia kau. dunia kau yang keturunannya jauh beza daripada keturunan aku. dunia kau yang tinggi jurang perbezaannya dengan aku.

Apa? kau rasa aku memandang perkara ini terlalu serius? Ya, aku sudah tersilap langkah dengan memandangnya dengan begitu serius. hanya dengan kau, aku runtuhkan segala dinding ego yang konkrit itu kerana aku rasa kau layak untuk dipercayai. kaulah antara manusia yang aku benarkan untuk melihat keadaan  diri aku yang sebenar-benarnya. Ya, aku sedar kau mungkin menganggap tiada apa-apa sangat antara kita. kadangkala, aku juga ada berkata sedemikian kepada diri aku. namun, iya lah, mungkin aku tersalah baca dan salah dalam mengintrepretasikan cara kau melayan aku sehingga aku menganggap bahawa kau serius dengan aku. Ya, itu aku akui bahawa ianya kesalahan aku yang nyata. lagipun, bukankah remaja lelaki seusia kau hanya mahukan keseronokkan dalam mengejar perempuan? acapkali ayat tersebut berlegar-legar di minda aku. 

Mungkin aku terlalu memikirkannya, ya mungkin. mungkin kau berasa tidak selesa dengan cara pemikiran aku dan cara aku menyampaikan pemikiran aku. tetapi inilah aku. aku tidak berapa suka menyembunyikan apa yang aku rasa. aku akan cuba sampaikan secara terus apa yang aku rasa. cuma, mungkin cara yang aku gunakan kali ini agak tersembunyi. kadangkala, aku rasa perhubungan kita yang dahulu lebih baik. silap besar betul aku rasakan ketika aku bertanyakan kau tentang perasaan kau terhadapku, dan juga tentang status perhubungan kita. aku rasa, ketika itu aku hanya mahukan keadaan aku dan kau berada di dalam suatu fasa yang membuatkan aku rasa selamat. dalam kata lain, security. aku ingin memastikan perasaan aku kepada kau berbalas. aku tidak mahu kelihatan seperti aku terkejar-kejarkan kau. Ya, begitulah tingginya ego aku terhadap lelaki.

Dan kini, adakalanya aku merasakan bahawa aku telah mengongkong hidup kau. Ya, setiap masa aku berperasaan begini. aku sedar bahawa tiada perhubungan yang kekal selamanya. sekiranya mereka masih bersama pun di dalam suatu perhubungan itu, jika salah seorangnya mati, tetap kita katakan bahawa hubungan itu telah terputus secara lahiriahnya. begitulah perspektif aku dalam perhubungan kini. perlu kau ketahui juga bahawa aku bukanlah remaja wanita biasa yang manja dan pandai memikat hati lelaki. kawan lelaki aku hanya aku anggap sebagai kawan yang aku boleh ketawa besar dengan mereka, yang aku boleh bahan mereka sepedas-pedasnya. namun kau, tidak pernah aku anggap kau sedemikian. makam kau tinggi sedikit daripada kawan lelaki aku yang lain. aku hanya bermanja dengan kau bila aku mendapat kepastian(security) yang telah aku baitkan tadi di perenggan atas. kau perasan akan hal tersebut bukan? 

Aku tidak mungkin akan tahu apa yang kau fikirkan setelah kau membaca entri ini. mungkin juga kau tidak akan menghabisinya. tapi, ada satu perkara lagi yang ingin aku luahkan di sini. aku selalu, selalu sangat merasakan kau melayan semua wanita seperti kau melayan aku. dalam kata mudahnya, I don't feel special around you. that's it. Apa? kau rasa aku mengada? Ya, aku memang mengada. bukankah sudah aku katakan bahawa aku telah runtuhkan dinding konrit itu semata untuk kau. itu maknanya, kau adalah antara manusia yang sangat penting kepada aku. kau mungkin merasakan bahawa aku seorag pengecut yang tidak berani memberitahu kau perkara sebegini secara berdepan. namun, apakan daya, my hands works better than my mouth. dan aku juga dalam keadaan di mana, aku malas hendak bertekak dengan siapa-siapa. aku letih. aku letih dengan dunia. kerana itulah aku lebih suka untuk tidur. I live in a misery life right now. and I'll make sure I'm going to turn it around, so that I can be the real Aiman back. the Aiman that always smiles to life and expressing good aura.

Apa jua keputusan kau selepas ini, aku terima. I had it once, and I think I can get through it again. c'est la vie. 


Monday, March 07, 2011

Dunia Skema Fasa Pertama

Kenapa skema? 
kenapa tidak skema? 
kenapa ikut peraturan? 
kenapa langgar peraturan? 
Eh, salah buat begini. 
Eh, betul buat begini. 
EHH, banyak sangat eh. 
Ehh, biarlah banyak eh pun.

TYPICAL MALAYSIAN.


Situasi 1 : Dalam Kelas dan Bilik Tidur.

Bilik tidur : aku rasa berat badan sahaja nak bangun dari katil hari ini. ditambah pula dengan sakit bahu yang mencengkam kalbu. jadi, aku putuskan untuk sambung tidur sahaja dan kemudian bangun dan menghantar pesanan ringkas kepada salah seorang rakan sekelas aku. pesanan telah berjaya dihantar, aku terus sambung tidur sehinggalah jam 3.15 petang. Kenapa terbangun? sebab dah sampai masanya badan aku kena bangun. Biological Clock. jangan khabarkan pada aku yang korang tidak pernah dengar akan frasa ini? Alahai, apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. itulah korang, cikgu mengajar dalam kelas dahulu, korang main cintan, main wayang dalam kelas. inilah manusia, inilah manusia. 

Dalam kelas : (apa yang bermain di fikiranku semata) Oda tidak hadirkan diri ke kelas lagi. apa nak jadilah dengan dia ni? tahulah pandai dapat DL last sem, tapi janganlah suruh kitorang asyik tolong tandatangankan untuk kau. tidak bolehlah begini Oda. kitorang bukan tidak mahu tandatangankan kau, tetapi this is too much! kau kenalah belajar bertanggungjawab juga. jangan mahu hidup mudah sahaja. sebab aku sayangkan kau, aku tidak akan tandatangan untuk kau. lalu, mereka pun membalas pesanan ringkas aku tadi yang aku dapat pada jam 5.30 petang. Line Celcom buat hal hari ini. Cis.

btw, lebih kurang beginilah ayat yang aku dapat dalam pesanan ringkas tersebut. agak makan dalam bukan? tetapi, ada betulnya juga kata-kata si dia ini. namun, mari sini ingin aku khabarkan sesuatu. betul cakap kau dengan tidak menandatangani untuk aku, kau membantu aku supaya lebih bertanggungjawab. tetapi adakah kau sendiri sudah cukup bertanggungjawab untuk memberitahu seseorang itu bahawa dia perlu bertanggungjawab? sila jawab soalan aku. apa yang telah kau lakukan untuk meningkatkan tahap penggunaan bahasa asing kau? banyak sudah buku yang kau baca? banyak sudah wayang yang kau tengok? banyak sudah kau cuba bercakap dalam bahasa tersebut? tidak bukan. setiap kali kelas bahasa asing, pasti aku akan menjadi rujukanmu bukan? aku membantu dengan rasa aku mahu menimbulkan minat kau terhadap bahasa ini. dan penerimaan kau juga amat baik. jadi, aku sebenarnya sangat ikhlas membantu kau. tetapi, hanya perkara sekecil ini yang aku minta tolong, kau sudah rasakan bahawa aku tidak bertanggungjawab. bertanggungjawab itu bukan hanya perlu datang ke kelas untuk belajar.dan aku rasa, kita diberi pilihan untuk belajar di dalam kelas ataupun belajar sendiri. that is included in our effort section.

jadi, pada fikiran aku, aku memang bersalah dalam hal ini kerana tidak menghadirkan diri ke kelas. dan aku tidak salahkan kau atas tindakan kau yang ingin memberi pengajaran kepada aku itu. aku faham dan dapat menerima tindakan kau tersebut. malah, dalam ajaran Islam juga ada dikatakan bahawa kawan yang baik dan sejati, mereka akan mendorong rakan-rakan mereka ke landasan yang lurus. dan tidak menyokong perbuatan sialan mereka. namun, pantulkan kembali ayat tadi kepada diri kau. adakah kau sudah cukup berusaha dan bertanggungjawab dalam memperbaiki dirimu? tidak bukan? aku bukan mahu menghentam kau di sini. percayalah kawan. aku hanya menyampaikan rasa terkilan sedikit ini dan aku coretkannya di dalam blog ini. harap kau pula tidak makan dalam. 

Sunday, March 06, 2011

Perangai Macam Sialan 1

Situasi 1 :


Kau sedang duduk bersama-sama kawan-kawan kau, bersuka ria dan bergelak ketawa di mana tiba-tiba pakwe-dia-yang-tidak-kami-approve-itu-disebabkan-mulutnya-yang-lancang-mengutuk-dan-menyalahkan-kau-setiap-masa-itu datang dan lepak bersama-sama korang. apakah perasaan anda? lebih membakar perasaan apabila kau sendiri terdengar pacal yang hina itu berkata kau kalah main game dengan kawan kau itu sebab salah kau. What the heck man ?? memangla kau bergurau tapi beragak la juga. kau memang dasar tidak sayang mulut.



Tidak Sayang Mulut

Apa yang ingin aku kupaskan di sini adalah mengenai sekelompok manusia yang tak berapa reti nak jaga mulut. memang dasar kemanusiaan ada berkata bahawa kita bebas menyatakan pendapat dan pandangan. dan juga bebas untuk bersuara. namun, dalam ajaran agama Islam juga ada dituntut untuk berkata hanya perkataan yang elok-elok, yang menyenangkan hati orang lain. kalau tidak menyenangkan pun tidak apa, janji tidak menyusahkan atau dalam kata kasarnya, menyakitkan hati. kau hanya mahu menjaga perasaan awek kau, dan kau lanyak perasaan kawan-kawannya sesuka hati. what the hell ? answer me, WHAT THE HELL.

*aku rasa macam hendak sumbatkan kaki aku dalam mulut kau macam ini.this is for you

kau tidak perlu hendak tunjuk baik sangatlah konon si  mulut manis depan awek kau. instead of that, kau bahan kawan-kawan dia yang rupa semuanya macam bidadari kayangan. kalau kau memang dah kawan lama dengan kitorang tidak apalah juga hendak mengadakan sesi bahan-membahan. ini tidak, kau sesedap rasa jiwa dan raga mahu menyepak terajang hati kami. hah jawablah wahai sweet talker sekalian. kenapa kau rasa aku sebagai wanita agak kurang ajar untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian? habis kau, sebagai lelaki sepatutnya lebih memahami wanita dan bercakap dengan bertatatertib dengan mereka. jangan harap aku akan sokong lelaki jika mereka yang bersalah dalam hal ini.

Jadi, untuk membuatkan kau disukai dan disenangi rakan-rakan awek kau, kau perlulah mengambil hati kitorang sekali. ini kerana, dahlah awek kau pun tidak berapa selesa dengan kau, kau pulak macam hendak cari pasal dengan kitorang. just wait and see what will happen next. aku bukan nak cakap apa, dan aku bukan nak menyumpah hidup kau. kau hanya perlu fikir satu benda itu dari pelbagai sudut. bak kata abah aku, the more we concern on what other thinks (positive way), the more you'll understand the world. okay, ini bukanlah ayat abah aku yang asli. ini ayat yang telah diolah semula oleh aku. tapi masih mempunyai nilai dan moral yang sama. as long as all of you get the point, that's good enough for me.




kata akhir pendita : ini hanyalah satu situasi ciptaan semata-mata. harap manusia di luar sana yang berperangai sebegini akan terasa. itulah motif aku.

Saturday, March 05, 2011

Kenapa Kuning?

masin air di lautan, adakah sama dengan rasa pasir? sudah tentu tidak. tidak percaya kenapa aku cakap tidak? korang rasalah sendiri pasir itu macam mana. air laut, mustahil kita rakyat Malaysia yang hidupnya harmoni ini tidak pernah merasa mandi di pantai bukan? Jadi, kalian buatlah pertimbangan sendiri. jika ada yang tidak bersetuju dengan hujah aku ini, please remain calm. aku tidak perlukan perbalahan di blog aku yang seaman PERGOLAKAN dunia politik di Malaysia. tak faham lagi? itulah motif aku.


berbalik kepada persoalan yang sengaja aku timbulkan. almaklum sahaja, blog baru. kenalah berusaha lebih sikit untuk mendapat nama di ruangan awam. oopps.tidak2, aku dah terlari daripada niat asal ni. *tarik nafas


Original Mode

aku tak faham kenapa orang begitu despite warna kuning ini. asal aku sebut warna kegemaran aku saja, mesti ada yang berkata "eww, kuningg?? Loser gila"
EWAHH, kau lah LOSER sebab tak minat kuning ! kan dah kena marah di situ.

btw, aku bukanlah mak nenek.harap maklum.


kembali kepada entri aku tadi, ramai yang bertanya kenapa kuning? I won't say those typical words anymore. used to say it once, in my old blog and still using it in  my daily life. why not in this blog? HELLO, mestilah nak kena jaga standard. biar kita jadi bizarre sikit daripada yang lain. barulah rare. someone told me this. jadi, aku minat kuning sebab warna tersebut yang menrik aku untuk meminatinya. jawapan yang asing bukan? tapi, itulah sebenarnya antara sebab aku minat akan warna kuning.

kedua, bila aku ternampak akan warna kuning, hati aku akan berdegup dengan sangat pantas secara tiba-tiba. tidak diketahui sebabnya mengapa. aku sendiri pun masih tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba ianya berubah ke warna kuning. mungkin aku sedang dilamun cinta pada waktu tersebut agaknya. aww.

bagi korang mungkin warna kuning bukan warna cinta korang. but some people might. eh sekejap, apasal dah masuk bab cinta pulak ni? tak boleh, tak boleh. kena keluar dari topik cinta ni. topik cinta akan dikupas oleh aku dalam entri yang lain-lain. bukan di sini.

jadi, sebab sebenar-benarnya aku meminati warna kuning adalah kerana aku sendiri tidak ketahui kenapa aku minat akan warna tersebut. bukankah ada orang pernah berkata bahawa sekiranya kita meminati seseorang atau sesuatu itu tanpa sebab, itu tandanya kita betul-betul boleh menerima kelebihan dan keburukan seseorang atau sesuatu yang kita minati itu.





Jangan kau menagih kefahaman ketika usai membaca entri aku. bacalah dengan kadar berkadaran agar tiada sebarang tanggapan dari akal warasmu.

Sekian.

Selamat Datang

pagi beranjak ke petang.
petang beranjak ke malam.
malam beranjak ke siang.
siang beranjak ke tengah hari.


setelah sebulan lebih aku menyembunyikan blog pertama, inilah keputusan drastik aku untuk membuka satu lagi akaun baru yang langsung tiada kaitan dengan nama betulku. Oda Narwida, hanyalah nama sandaran seorang penulis jalanan (aku le tuu) yang tidak menginginkan sebarang kredit hatta duit. tetapi sekiranya ada yang sudi melemparkan gulungan duit kertas bernot RM50, siapa yang tidak akan mengambil dan menjadikannya sebagai aset personal? itulah resam manusia. Di mana ada gula, di situ adanya semut.


Jangan sesekali korang menganggap kewujudan blog aku adalah untuk mengecap nama semata, kerana itu bukanlah niatku. hanya untuk mengeluarkan pendapat dan dianggap anonymous. bukankah begitu lebih baik daripada dihentam manusia-manusia durjana ini sekiranya tersalah bicara? dasar manusia, cepat sahaja memberikan spekulasi tentang diri manusia yang lainnya sekiranya mereka berlainan sedikit daripada diri mereka yang digelar normal itu. normal kejadah, everyone is rather unique.


btw, jangan kata kat aku yang korang expect first entry aku bernada ceria. tiada bukan? kann??
ehem. berehat sebentar. aku mahu membetulkan nadaku.


mata aku masih lagi kelihatan coretan-coretan hitam, bekas aku bermekap pagi tadi. malas nak mencuci. aku bukanlah gadis yang paranoid akan perkara-perkara sebegini. aku tahu akan kesannya sekira kita lambat mencuci mekap, namun apakan ada. sifat pemalas tidak sengaja tertanam dalam diri aku ini membuatkan seluruh saraf aku berhenti daripada melakukan pekerjaan yang sepatutnya. seperti contoh ; aku sepatutnya menyiapkan assignment article review yang perlu dihantar rabu hadapan. instead of that, aku boleh membuka akaun baru dan membuat blog baru dan sedang menulis review pertama untuk korang baca. how selfish I am. itulah manusia.


cara membaca entri-entri aku senang sahaja. kalian jangan terlalu serius ketika membacanya, kerana kadangkala satu poin pun tiada aku utarakan di dalam blog ini. sometimes, it would be just a bunch of crap. tetapi, itulah kenyataan dunia blogging. no one knows it for sure. but everyone could say anything you want to. either to be hated or to be loved in the future. I really hope you won't be hating me because I know I'm not going to write on weird, hard issues unless I've studied for it. heyy, sometimes we've gotta take the dangerous route rather than the safest one. that would make the upside-down of our lives.


I guess, thats all for today. jangan bertanyakan identiti aku. let it remains as a blog-world secret ;)