Followers

Saturday, September 10, 2011

TERHARU, YA AKU TERHARU

Aku tidak pernah menyangkakan bahawa ada orang yang menghargai dan menyukai tulisan dan nukilan aku di blog ini. aku sendiri merahsiakan identitiku di sini kerana, aku rasa biarlah begini. aku rasa aku lebih selesa senyap begini. aku rasa lebih tenang. perasaan damai yang aku alami kala menulis tanpa diperhatikan, tanpa diketahui siapa gerangan penulisnya. mungkin antara kalian ada yang terus meninggalkan laman aku kerana perkataan dan perenggan yang panjang. tidak semua menyukai tulisan yang panjang-panjang, tetapi tidak bagi aku. tulisan yang panjang itu mampu memberikan pandangan yang lebih mendalam dan tersusun dan juga terperinci. keseronokkan yang aku rasai apabila kau tahu ada orang yang telah bertandang ke laman kau berdasarkan jejakan yang diperolehi itu.


and I believe that I should have said thank you to those who reads my words. and to those who can finish it, MASEL TOV!